Bagaimana Anda Juga Boleh Jana Duit Melalui Penulisan?

Hai, Assalamulaikum. Saya Hajar Abdullah, merupakan seorang penulis dalam content marketing, soft selling dan storytelling. Kebanyakan content yang saya share di Facebook wall adalah lebih kepada strategi menulis untuk jual produk atau servis iaitu melalui Soft Selling dan storytelling berkaitan rezeki dalam kehidupan.

hajar-abdullah

Saya menulis secara serius sejak 1 September 2014. 1 tahun pertama tidak pandai buat duit melalui penulisan. Pada September 2015, baru tahu langkah bagaimana buat bisnes penulisan.

Apa bisnes penulisan yang saya buat?

Iaitu sediakan servis penulisan yang berkaitan dengan artikel di blog bisnes, salesletter, terbitan ebook sendiri, ghostwriting ebook dan storytelling menjual di FB Ads.

Jenama yang dibina ketika peringkat awal lebih kepada nama sendiri iaitu www.hajarabdullah.com. Namun kini saya sedang bersama tim dalam pembinaan jenama Byond Publication di bawah Syarikat Byond Success yang hasilkan content, artikel, ebook dan buku yang berkaitan dengan dunia pengurusan bisnes.

Bengkel Soft Selling - Hajar Abdullah

Bagaimana Dapat Money-tize Idea Dari Content?

Ketika hadir Symposium Magic Academy 2016, antara perkara yang saya perhatikan adalah orang barat yang berada di fasa start-up sangat pentingkan idea. Idea = duit.

Soalnya macam mana nak dapat idea content yang wow, luar biasa, mahal dan special supaya dapat  buat lebih banyak wang?

Saranan daripada guru saya :
+ Bangun tahajud pukul 4 hingga 5 pagi
+ Istighfar 1 000 kali
+ Doa secara spesifik dapat idea tulis content

Apa saja idea yang ada walau betul atau tak, gila tak gila, tulis saja. Yang selalu saya praktis, tulis di Google Keep. Kemudian, baru susun dan pasang strategi menjual melalui FB Wall.

Pusingan untuk dapat wang dari content adalah update 7 kali post iaitu 6 kali soft selling dan post ke-7 terus direct menjual. Setiap hari post 2 atau 3 status. Bermaksud, hari Isnin dan Selasa ada 6 posting, hari Rabu baru menjual. Cara ini apply di FB Wall saja, free marketing.

Apa Yang Motivate Diri Untuk Sentiasa Hasilkan Konten Baru?

Kuncinya adalah terletak pada “find something that you passion about.”

Tulisan adalah terapi untuk saya. Sebab itu saya tulis setiap hari. Tak kisah sama ada tulisan tu nak diperam lama, simpan terus tak nak bagi orang baca atau nak post kepada public.

Asalkan tulis, tulis dan tulis.

Mentor Mana Yang Saya Follow?

Mentor utama adalah Abah saya. Walau kami dalam bidang yang berbeza (beliau peguam, saya penulis), namun sejak dari awal saya kata “I am a writer”, Abah sentiasa beri tips, galakan dan ilmu bagaimana dapat upgrade tulisan ke tahap yang lebih baik.

Guru yang saya ikuti ilmu penulisannya :
+ Inche Hujan
+ Aqif Azizan
+ Tuan Al Irfan Jani
+ Kak Fynn Jamal
+ Tuan Khairul Hakimin

Bersama Guru Fynn Jamal

Ketika bermula dalam bidang penulisan, saya fikir mahu bangunkan jenama www.hajarabdullah.com saja memandangkan diri adalah solo-prenuer. Namun setelah bertemu dengan Tuan Abdul Basit dan Puan Liyana Akmal, saya ubah fikiran. Kini, mereka yang banyak push saya untuk dibentuk jadi diamond.

Passion dalam bangunkan content sudah lebih besar dan visi misinya lebih jauh. Segala skill yang ada dikongsikan bersama dengan tim Byond Publication supaya mereka juga dapat hasilkan content yang luar biasa untuk manfaat orang lain.

Antara misi Byond Publication adalah kami berjaya capai jualan RM1 juta pertama pada tahun 2017 melalui pembangunan content di mana kami mempunyai tim penulis yang hebat dalam hasilkan content di mana orang tergila-gila nak baca dan ia bantu selesaikan masalah mereka dalam pengurusan bisnes.

Kerana salah seorang jutawan pernah berpesan kepada saya, “If you want to go fast, you can go by your own. But if you want to go far, go with a team.”

byond-success

Kepada Anda Yang Baru, Apa Perlu Buat?

Selalu ingat ini >>> “an expert always start as beginner, from zero and from nothing.”

Menulis content yang berjaya menjual bukan mudah. Bukan senang dan memang gila payah.

Yang payahnya apa?
KONSISTEN untuk hasilkan pelbagai content baru.

Mereka yang baru mula cukup praktis tulis 300 patah kata setiap hari. Terpulang mahu publish atau tidak. Asalkan buat sambil belajar teknik-teknik penulisan yang berpengaruh dan mampu menjual. Insya Allah, satu hari anda mampu tiba di tahap yang lebih dari biasa.

“Success in write a content that sell is not a final state. It is the sum of small efforts which repeated everyday.”
– Hajar Abdullah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*