Bukan Sekadar Komik

 

Komik adalah wadah bahan bacaan santai, humor juga careka yang lebih sinonim untuk golongan kanak-kanak dan remaja. Komik juga boleh disasarkan ke kelompok dewasa bergantung kepada bentuk bahan bacaan dan kandungan visualnya.

Di Barat, komik sudah lama menjadi fenomena sehingga kandungan komik boleh diadaptasi ke layar perak sejak dahulu lagi. Di Malaysia, komik juga dah lama bertapak dan berkembang dijayakan oleh pelukis-pelukis terdahulu hingga ke generasi terkini.

MF Ajif adalah antara Pelukis Komik yang tidak asing lagi di arena komik tempatan malah terkenal dengan jolokan Pelukis Komik Pendekar. Bermula sejak tahun 2002 dan masih bergiat aktif sehingga kini menyumbang karya di dada akhbar seperti Kosmo dan Utusan. Tidak ketinggalan juga MF Ajif juga menerbitkan komik secara self-publish. 

Berikut adalah temubual kami bersama MF Ajif;

Q – Kenalkan sikit Jenama yang sedang Tuan bina ?

A – Saya memperkenalkan jenama KOMIKAJIF sebagai platform atas kapasiti saya Pelukis Komik yang membawa bakat, kreativiti serta portfolio saya untuk menjayakan produksi komik yang berteraskan jatidiri Kebangsaan dan bangsa Melayu serta tradisinya.

Q – How do you Money-tize your content idea ?

A – Setakat ini, penglibatan saya dalam industri komik lebih ke arah memberi servis atau perkhidmatan menghasilkan komik kepada mana-mana pihak syarikat penerbitan mahu pun individu yang memerlukan bahan selain ia mampu memberi pulangan kepada saya dalam jangka masa terdekat mahu pun panjang.

 

Q – What motivate you to keep on generating new content ?

A – Jadikan diri kita sebagai pengkarya dan bukan Pelukis semata-mata kerana pengkarya akan sentiasa menghasilkan karya. Barulah kita boleh dilabel sebagai pelukis yang produktif. Jadikan nyawa kita sebagai penyumbang seni untuk Negara bukan untuk diri sendiri, dari situ kita dah letakkan 1 tanggungjawab yang berat untuk melihat persada komik tempatan terus makmur.

Q – Your mentor in branding + biz …

A – Gila-Gila Creative Enterprise, Moy Publications, Gempakstarz, PTS

Q – Advise to new Contentpreneur

A – Bagi generasi baru yang ingin mengikuti jejak langkah di dalam bidang ni, persiapkan diri dengan memperkukuhkan bakat dan skil di dalam lukisan. Jika hanya tahu melukis saja, ia tidak memadai untuk menjadikan diri kita sebagai Pelukis Komik kerana melukis komik ia bukan sekadar menggambar mengikut panel tertentu dan diletakkan dialog atau caption… ia lebih jauh daripada itu. Banyak elemen berkenaan yang perlu diterapkan hanya di dalam sekeping karya komik yang dilukis. Dengan itu, saya kerap kali menasihati kepada generasi muda yang mahu berkecimpung di bidang ini, persiapkanlah portfolio yang boleh di angkat sebagai lesen untuk menyandang jawatan tersebut. Semoga pelukis baru dapat mengubah senario komik tempatan ke arah yang lebih cemerlang di masa-masa akan datang.

Kerap kali saya dan memberi beberapa tips dan nasihat kepada mereka yang memerlukan bahawa untuk berjaya dalam bidang melukis ini bukanlah mudah. Setiap individu perlu melalui proses yang sukar, latihan yang tak kenal erti jemu dan mahu berdaya saing secara sihat dengan pelukis-pelukis lain. Oleh itu, jika mereka boleh memvariasikan skil bakat mereka ke arah yang pelbagai yang kita sebut sebagai berverstail maka apa jua rintangan dan dugaan di bidang ini boleh hadapi dan lalui dengan mudah.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan servis lukisan, membeli komik boleh hubungi MF Ajif di talian 6017-6197351.

1 Comment

  1. Tabik dengan Bro Ajif. Bukan setakat pelukis komik, malah dia boleh juga digelar Comoc Entrepreneur. Semoga lebih giat menyumbang karya dan ilmu dalam industri yang penuh warna warni ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*