Contentpreneur MasterClass

Contentpreneur MasterClass 2018

Latihan dan Panduan diperlukan untuk Berjaya.

Konten adalah salah satu komponen paling penting dalam mana-mana medium media seperti web atau bahan  dicetak seperti buku. Pembangunan konten adalah proses yang dinamik sehingga memerlukan idea segar inovatif untuk memperbaiki konten secara berterusan.

Apa yang saya akan guide anda?

  • Sesi Brainstorming untuk menjelaskan idea sebenar anda.
  • Sesi Mencari Ceruk (Niche) untuk memantapkan idea anda.
  • Pembinaan Story Box bagi mendapatkan jalan cerita konten
  • Sesi mewujudkan jenamakan diri dan produk konten digital.
  • Memantau proses tempoh berterusan menjana konten.
  • Mewujudkan corong peminat bagi mengumpul 1000 peminat setia.
  • Mewujudkan keberadaan di media sosial dan di media cetak.
  • Sesi memulakan proses menduitkan produk digital.
  • Perkongsian KAEDAH menulis Business Plan yang bakal menjual idea anda kepada pembeli / pelabur berpotensi ( geran & pinjaman ).
  • Contoh-contoh kertas kerja yang berjaya mendapat Geran dan pembiayaan bank.

Coaching Testimonial

Coach Shidi saya kenali ketika beliau masih di menara gading. Beliau merupakan seorang ahli fikir, pencetus buah fikiran yang bernas dan berwawasan. Beliau berjuang memartabatkan hakcipta, pengisian, buah fikiran dan pengalaman para insan yang ingin meninggalkan legasi ilmu buat anak cucu serta masyarakat umum. Beliau saya anggap “Kakehashi” atau jambatan pengubung kepada generasi muda yang hauskan ilmu dan pengalaman orang terdahulu. Saya amat yakin dan percaya Coach Shidi amat layak digelar Sifu Contentpreneur seterusnya membimbing lebih ramai pakar-pakar seperti beliau bagi mendokumentasikan bahan ciptaan dan idea selaras dengan revolusi perindustrian dunia. Akhir kata syabas kepada Coach Shidi peneraju industri hakcipta dan hakmilik. Gambatte!​
Sepanjang karier saya dalam bidang latihan, dan memberi tauliah pada trainer-trainer , saya amat cerewet dalam melakukan penaksiran dan penilaian, Coach shidi merupakan orang yang anda perlu hormati, dia mempunyai 3C yang penting sebagai Coach, dia memiliki Content yang bernilai, Confidence dalam pengajaran dan berupaya menjalinkan Connection dengan setiap jiwa yang dibimbing..
Saya kenal Coach Shidi awal tahun kalau tak silap.Saya hadir talk beliau berkenaan penulisan. Saya tak tahu magik yang beliau ada,sehingga saya rasa nak siapkan sebuah buku masa itu juga. Selepas itu kami mula berhubung dan menariknya, beliau membantu team agen saya sehingga mereka mampu menulis dan menghasilkan sebuah buletin. Terbaru, Coach Shidi membantu saya dalam kerja-kerja terakhir ebook ketiga saya Rahsia Leader Bisnes Terbongkar.Banyak sangat yang beliau bantu, Allah saja mampu membalasnya. Berurusan dengan beliau tak sama langsung dengan berurusan dengan sesiapa pun.Sangat mesra,sentiasa menaikkan semangat dan sentiasa memudahkan urusan. Seorang yang sentiasa memberi inspirasi dan contoh terbaik seseorang yang meletakkan ilmu dan bidang penulisan di tempat yang mulia. Terima kasih Coach sebab sudi membimbing saya dan team dalam bidang penulisan.InsyaAllah kami akan terus berurusan sebab banyak lagi benda untuk dibuat selepas ini.

Coaching Session Content Creation using Story Box

Maksud Contentpreneur (Usahawan Konten)

Coaching Content yang telah PUBLISH (Google Play Books)

Asmakpreneur: Buletin Usahawan Asmak

Nor Fazilah Abd Mohd

https://www.norfazilah.com

Alhamdulillah, akhirnya impian untuk melihat Buletin Asmak terbit menjadi realiti. Ini adalah satu permulaan buat semua pengedar terutamanya yang mempunyai bakat untuk menulis mahupun yang tidak menyedari kebolehan mereka untuk menulis. 

Buletin Kasturi Emas: Edisi 01/2017

Buletin yang diterbitkan untuk pelanggan dan agen mendapatkan info terkini tentang produk haruman organik.

Kasturi Emas Malaysia

http://kasturiemas.my

https://www.kasturiemas.com

Sedekad Kembara: Bumi Malaysia

Azeman Said http://azemansaid.com

Apa yang kita nampak dalam diri sendiri dan sekeliling ketika menjelajah dalam negara? Adakah kita merasa tercabar atau mencabar diri sendiri untuk meneroka sudut-sudut tertentu.
Penulis bertanya soalan ini pada diri sendiri merentasi Malaysia, bertemu suasana indah misteri di Mulu dan Bako, menyentuh kedamaian di Royal Belum dan disambut masyarakat Bajau Laut seperti saudara lama, merasai kehidupan di laut biru Semporna.

Kembara keindahan pada mata dan hati di serata Malaysia terangkum dalam buku ini untuk pembaca.

Samurai Kampung Medan: Nippon Kara Manabu
Dato’ Zulkifli Abdul Malek


Nippon Kara Manabu bermaksud teladan dari Jepun berbentuk anekdot perkongsian dari aspek pendidikan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan aspek utama dalam bidang bisnes.
Teladan Dari Jepun

Buku Samurai Kampung Medan ini akan mencoret secebis perjalanan insan terpilih ini mengutip teladan dari negara Matahari Terbit.

Kamus Suami: Cerita Rujukan Suami

Abu Hurairah Asifa

Tanyalah kembali kepada diri masing-masing, apakah kita masih menyayangi isteri?
Isteri juga harus bertanya kepada diri, sejujur-jujurnya, apakah kita masih sayangkan suami?

Kalau sayang itu masih ada, berusahalah atas nilai kasih sayang itu untuk mencari penyelesaian dan jalan keluar.

Untuk Bahagia, pasti ada cerita dan hujungnya.

Mengapa Aku Belum Hamil?: Perkongsian pengalaman sebenar.
Azam Fadli

Antara kandungan EBOOK ini adalah 7 perkara penting.

  1. Pengalaman saya tiada zuriat lebih 3 tahun.
  2. Amalan 3 bulan sebelum hamil.
  3. Makanan yang perlu sebelum hamil.
  4. Bagaimana cara yang betul dalam penyediaan makanan.
  5. Bila perlu hubungan SEKS.
  6. Aktiviti suami isteri sebelum hamil.
  7. Perkara rohani yang paling penting sebelum hamil.

Buku Fizikal yang Telah Diterbitkan

Buku Memoir Profesor Diraja Ungku Aziz #Kakehashi

Buku Memoir Profesor Diraja Ungku Aziz Kakehashi 

Kakehashi bermaksud Jambatan Penghubung Dua Negara merupakan buku sumbangan dari Universiti Teikyo dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia dan Telaga Biru.

“Sebutan “Pak Engku tidak asing lagi bagi ramai warga di Malaysia terutama di majlis-majlis ilmiah dan dewan-dewan kuliah di negara ini. Panggilan ini sinonim dengan ikon sarjana dan pemikir tersohor sekali gus pembela nasib anak bangsa.”

– Tan Sri Profesor Dzulkifli –

Projek Mendigitalkan Content Fizikal ke Digital​

Majalah Solusi merupakan majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Majalah ini merupakan majalah bercorak dakwah dan diterbitkan secara bulanan.

Majalah ini diterbitkan oleh syarikat penerbit Telaga Biru Sdn Bhd.

Buku oleh Coach Shidi

Coach Shidi adalah merupakan penulis buku bercetak bertajuk “Bersenang-Lenang Bersama Google” di bawah penerbitan TrueWealth Azizi Ali.

Buku Bersenang-lenang bersama Google memaparkan 10 langkah mudah dan berkesan bagi menjalankan tugasan rutin anda yang mencabar, terutamanya pengendalian aplikasi ICT seharian.

Google bukan sekadar terkenal sebagai enjin carian sahaja, sebenarnya pelbagai lagi aplikasi freemium yang dihasilkan bagi memastikan pengguna menikmati kemudahan daripada setiap aplikasinya. Kaedah pendedahan hands-on yang lebih praktikal digunakan bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk mencuba setiap langkah. Ini membuktikan bahawa prinsip less is more yang digunapakai oleh Google adalah berkesan bagi pengguna ICT masa kini.

Contentpreneur – Money-tize Your iDea (versi Bahasa Melayu)

Di dalam K-ekonomi , pendapatan dapat dijana berdasarkan pengetahuan yang kita tahu, sebagai contoh pengetahuan tentang membaiki kereta. Kita boleh kongsikan asas-asas membaiki kereta dan penjagaan kereta sama ada dalam bentuk video atau ebook sebagai contoh atau penceritaan animasi kehidupan mekanik. Apa yang anda perlu buat adalah menyediakan watak-watak yang perlu ada seperti mekanik, pelanggan dan sebagainya, ataupun menganimasikan watak-watak di bengkel contohnya spanar bercakap dengan pemutar skru. Selain itu, nasi merupakan menu utama makanan kita dan merupakan makanan ruji di Malaysia. Sering kita dengar ibu bapa menasihati anak-anak agar tidak membazir. Jika diperhatikan, nasi sangat dekat dengan kehidupan seharian dan adalah tidak mustahil sekiranya nasi yang memberi nasihat dalam bentuk animasi, kemungkinan ianya lebih didengari.

Panduan Menulis Kandungan Laman Web: Untuk Pemilik Peniagaan dan Orang Bukan pakar IT

Ebook Panduan kepada anda yang ingin mempunyai Website Bisnes.

Kenapa perlu masukkan konten yang betul di laman web anda?

Apakah konsep yang betul kepada website anda ?

Bagaimana meningkatkan reputasi Jenama produk dan servis anda Online ?

Panduan dalam ebook ini akan menggariskan 7 fasa membina Website anda.

Merealisasikan impian anda mempunyai buku dan ebook yang hebat.

Siapa yang ingin dibantu dalam merealisasikan impian anda mempunyai buku dan ebook yang hebat? Coach Shidi lah orangnya dibelakang tadbir setiap buku-buku yang hebat ini.

Profil Kemahiran Teknikal

Coach Shidi memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari UTeM dan sijil Android App Developer. Pernah memenangi Runner-up untuk 36 jam dalam OSS Web Application Development Contest Malaysia Book of Record sempena program MyGOSSCON 2010 yang dianjurkan oleh Malaysia Administrative Modernation & Planning Unit (MAMPU).

Sijil Coaching Coach Shidi

  • Certificate : Train The Trainer by HRDF
  • Creative Technopreneur Academy Programme by MITI
  • NLP Business Master Practitioner (NFNLP USA)
  • Certificate : How to Sell by MSC Malaysia MDeC
  • Certificate : How to Make Strategy by MSC Malaysia MDeC
  • Certificate : How to How to Success by MSC Malaysia MDeC

Dana yang pernah diraih

InsyaAllah saya akan berkongsi juga kaedah menulis proposal bagi mendapatkan Dana Pembelian Terus Buku-buku karya anda.

Bayangkan buku anda berada di rak-rak perpustakaan di seluruh Desa mahupun bandar.

Memberi cerita inspirasi dan mendapat kepuasan perasaan melihat buku anda ditatap oleh para pembaca.

 

Coach Shidi telah berkecimpung dalam industri content sejak dari 2003 lagi dengan menubuhkan syarikat Nice IT Centre Sdn Bhd yang membangunkan laman web dan latihan Content Management System

Manakala syarikat yang dipimpin pula telah berjaya dianugerahkan Geran Pre-Seed dari MDeC dan Geran Cradle Fund Go to Market

Coach Shidi merupakan Presiden Persatuan Alumni UTeM AUTeM 2011 ~ 2013.

Cerita-cerita penerima geran yang merupakan juga Alumni UTeM dimuatkan di dalam ebook Contentpreneur Money-tize Your iDea.

Adakah anda ingin jadi seperti mereka?

Menjadikan buku dan ebook sebagai sumber aset digital secara berterusan. Dengan idea dan menulis cara yang betul, anda mampu menjadi seperti mereka.

Talk dari Coach Shidi