Samurai Kampung Medan, Teladan dari Jepun – Nippon Kara Manabu –

Teladan Dari Jepun
Nippon Kara Manabu

Nippon Kara Manabu bermaksud teladan dari Jepun berbentuk anekdot perkongsian dari aspek pendidikan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan aspek utama dalam bidang bisnes.

 

Zulkifli Malek atau dikenali sebagai Zu Ki Fu Ri san di kalangan  komuniti Jepun adalah pelajar kumpulan pertama program akademi Dasar Pandang ke Timur tajaan JPA. Anak Melayu pertama yang bekerja di ibu pejabat Yasuda Trust Bank Tokyo (1988) seterusnya ke Singapura dan Jakarta. Pada tahun 1994 beliau telah dilantik sebagai ketua perwakilan Yasuda Trust Bank di Malaysia. Beliau merupakan kunci tertubuhnya Yasuda Trust Bank di Labuan Offshore Financial Centre. Pada tahun 1998 beliau dilantik sebagai Country Advisor. Beliau berjaya menyakinkan bank untuk melebarkan sayap mereka ke Malaysia dan seterusnya melabur lebih USD300 juta pada tahun pertama penubuhannya.

Teladan Dari Jepun
Nippon Kara Manabu

Beliau dilantik menjadi Presiden Alumni Look East Policy Society (ALEPS) pada tahun 1994 sehingga 2002. Kini, beliau menjadi pakar rujuk kepada pelabur Jepun sehingga dilantik sebagai lembaga pengarah di 10 syarikat multinasional Jepun yang beroperasi di Malaysia.

 

Buku Samurai Kampung Medan ini akan mencoret secebis perjalanan insan terpilih ini mengutip teladan dari negara Matahari Terbit.

 

Buku yang wajib baca untuk bakal pelajar yang mempunyai impian dan cita-cita sejak dari bangku sekolah untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di negara Matahari Terbit. Buku ini mengisahkan tentang seorang anak muda yang berasal dari Kampung Medan yang telah bangkit dan berjaya dalam kehidupan nya setelah melalui jerit perih kehidupan kerana beliau bukan dilahirkan dari keluarga yang berada.

Pesanan Tun M kepada Zul Malek
Pesanan Tun M kepada Zul Malek

Buku yang penuh memberi inspirasi kepada para pembaca ini sarat dengan nilai kasih sayang oleh ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan kata-kata positif kepada anak nya agar menjadi insan yang berguna, berjaya, dan seterusnya menyumbangkan khidmat dan jasa kepada negara Jepun dan juga Malaysia. Berkongsi cerita saat-saat manis beliau melanjutkan pelajaran ke Jepun, menyelami budaya dan pemikiran masyarakat Jepun pasti menggamit memori buat para pembaca yang pernah berada di sana dan pastinya membuatkan para pembaca melonjak-lonjak keterujaan untuk berada di negara Matahari Terbit  itu.

Antara Pembaca Awal
Antara Pembaca Awal

Peristiwa yang tidak dijangka berlaku sewaktu beliau bekerja secara tidak langsung telah membawa beliau dalam dunia perniagaan yang penuh liku namun terus gah berdiri dan berprestij di mata dunia sehingga pada hari ini.

Antara tajuk di dalam Samurai Kampung Medan
Antara tajuk di dalam Samurai Kampung Medan

———————————————–


———————————————–

Mesej ke 0175887799 untuk mendapatkan salinan Awal anda.

About Zulkifli Abdul Malek 1 Article
Chief Executive – Institut Bahasa Teikyo, subsidiary of Teikyo University Group (Japan) Managing Director – DES Niaga Sdn Bhd Advisor of The Japanese School of Kuala Lumpur Direct Distributor – Amway Malaysia Berhad Directorship Daifuku (Malaysia) Sdn Bhd Diesel Engineering Services Sdn Bhd EPSON Malaysia Sdn Bhd Emerald House Sdn Bhd KOSE Malaysia Sdn BHd KZ Kane (M) Sdn Bhd KZ Zaisan (M) Sdn Bhd Kobelco Construction Machinery (M) Sdn Bhd Novalux (Malaysia) Sdn Bhd Tea Road Malaysia Sdn Bhd United Seino Transportation Sdn Bhd Social Activities Ex-Officio Alumni Look East Policy Society President of Malaysia-Fukiage(Japan) Friendship Assoc. President Resident Association Putra Bistari, Putra Heights Patron Surau Ar-Raudhah Putra Bistari, Putra Heights

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*