Kalau anda gembira sebut Yeayyy

Salam sejahtera kepada semua, saya Hazmin dari Yeayyy Sdn Bhd. Sejarah saya ingin menceburi industri kandungan kreatif bermula pada tahun 2007 di mana pensyarah untuk Latihan Industri saya, Dr Sazilah Salam memberitahu beliau sedang membuat penyelidikan mengenai Mobile Learning dan menyatakan sesiapa yang ingin menjadikannya sebagai penyelia untuk Projek Sarjana Muda, perlu membuat projek yang melibatkan Mobile Learning. Secara kebetulan, pada waktu itu juga, pertandingan Mobile Content Challenge dianjurkan buat kali pertama dan Dr Sazilah telah meminta semua pelajar di bawahnya untuk menyertai pertandingan berkenaan dan projek saya terpilih sebagai finalist. Kumpulan yang terpilih sebagai finalist perlu menghadiri kursus Incub8 di mana kami telah diberikan mentor daripada syarikat LTT Global Sdn Bhd yang telah lama terlibat dalam Mobile Learning sejak 2004.
Yeayyy Sdn Bhd

Kursus Incub8 berkenaan telah membuka mata saya mengenai peluang yang terdapat dalam industri mobile content. Dalam pertandingan berkenaan, projek saya yang diberi nama Kids Cashier telah mendapat tempat kedua dan memenangi wang tunai sebanyak RM20,000. Sebagai seorang pelajar, hadiah berkenaan boleh dikatakan sangat lumayan kerana duit pinjaman PTPTN yang diperoleh pada setiap semester hanya sekitar RM1,500 (untuk pelajar Diploma) dan RM2,000 (untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda).

Tempat kedua Mobile Content Challenge 2007

Selepas pertandingan berkenaan, saya banyak menghadiri kursus, seminar, conference yang berkaitan dengan mobile. Peluang ini membolehkan saya berkenalan dengan pemain-pemain industri dan meluaskan networking. Pada tahun 2008, saya menyertai pertandingan IP Creator Challenge anjuran MDeC. Nasib sekali lagi menyebelahi saya apabila proposal projek saya yang diberi nama Jawi Fun telah diumumkan sebagai pemenang dan diberikan grant sebanyak RM50,000. Pertandingan IPCC berbeza dengan MCC kerana peserta tidak perlu menyediakan prototaip lengkap untuk menyertainya. Peserta hanya perlu present proposal masing-masing pada pitching day dan juri akan memilih 5 proposal terbaik sebagai pemenang.

Juara kategori Mobile Edutainment - MSC IP Creator Challenge 2008

Walaupun telah memenangi RM70,000 daripada dua pertandingan, saya masih belum bersedia untuk memulakan perniagaan sendiri kerana duit hadiah berkenaan perlu dibahagi dengan rakan. Oleh itu, saya telah menyertai kursus Creative Technopreneur Academy Program di Melaka. Dalam kursus ini, peserta akan diberikan bimbingan langkah demi langkah untuk mendapatkan grant MDeC Preseed Fund yang bernilai RM150,000. Cabaran yang sebenarnya bermula di sini kerana sebelum ini, laluan dalam pertandingan yang saya sertai dilihat agak mudah. Namun, untuk grant Preseed ini, 3 proposal awal yang dihantar telah gagal untuk meyakinkan panel penilai. Oleh kerana saya pernah menang, maka saya tidak mudah berputus asa walaupun telah gagal sebanyak 3 kali. Akhirnya cubaan yang keempat telah berjaya dan tertubuhlah Yeayyy Sdn Bhd pada 2 Februari 2010.

 Sebagai graduan dalam Sains Komputer, bidang perniagaan adalah sesuatu yang amat asing bagi saya. Bayangkan sebagai seorang CEO sebuah syarikat, saya tidak tahu bagaimana untuk menulis Quotation, Invoice, Purchase Order dan Delivery Order. Namun saya bernasib baik kerana pengajar ketika kursus Creative Technopreneur Academy Program, Encik Rik sudi menjadi mentor kepada saya dan membenarkan saya menyewa sedikit ruang pejabatnya di Bandar Baru Bangi untuk operasi syarikat.

 Saya sendiri tidak pasti adakah saya mampu untuk bertahan pada 5 tahun pertama kerana duit grant daripada MDeC hanya boleh bertahan selama 1 tahun sahaja. Ramai yang beranggapan usahawan yang memulakan perniagaan melalui pembiayaan grant tidak akan bertahan lama. Oleh itu, saya perlu berusaha dengan gigih untuk memastikan bahawa saya tidak termasuk dalam statistik mereka yang gagal setelah tamat tempoh projek yang grant.

 Antara produk yang telah dihasilkan oleh Yeayyy Sdn Bhd :-

 Cabaran Jawi (Mobile Games) – http://www.youtube.com/watch?v=yUKWbk8z0U4

Cabaran Jawi - Mobile Games

Tulis Jawi (Facebook Application) – http://apps.facebook.com/tulisjawi/

Aplikasi Tulis Jawi di Facebook
Aplikasi Tulis Jawi di Facebook

Yang Mana Satu (Facebook Application) – http://apps.facebook.com/yangmanasatu/

Aplikasi Yang Mana Satu di Facebook

8 Comments

  1. Woww!!
    good job bro.
    keep it up!

    p/s: oh..yg application2 tu incik Amin ke yg buat? hebat.

  2. salam. wah ramai gak yang bagi komen ye..maaf lambat approve kan komen2 tu…terima kasih atas sokongan…really appreciate it…saya akan terus bekerja lebih kuat… =)

  3. oh! nice la yang tulisjawi tu. maybe tak meluas lagi penggunaan dia, kalau orang tahu mesti boleh jadi famous. dalam tu, boleh promote-promote sikit company ke apa ke. hehe. good luck

    p/s : budak utem juga ni 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*