Sepanjang musim Covid 19 ini ramai yang mula memikirkan perniagaan Online. Ramai yang PM saya untuk memulakan menjadi usahawan online.
Apa ada pada nama? Segalanya bermula dengan nama. Jadi bisnes juga perlukan nama. Menjadi sunnah nabi kita memberikan nama yang baik-baik hatta kepada sebilah pedang ataupun haiwan tunggangan.
Berikut saya berikan beberapa domain name yang kaya namun bukan untuk jualan. Kaya dengan ilmu pengetahuan dan legasi pahala insyaAllah.
Jadi berapa nilai domain anda bolehlah semak secara online.
Kenapa penting branding online ?
Kedai dan keberadaan di alam Maya amat penting bagi kita yang bergelar usahawan. Kerana kini pengguna lazimnya akan “Google” aja dan jika laman kita tersenarai di page utama kebarangkalian untuk dilayari lebih tinggi.
Branding Online saya bahagikan kepada 2 iaitu company domain dan personal domain.
Mudah sahaja penerangannya yang pertama untuk syarikat dan yang kedua untuk diri sendiri yang mana lebih bebas memilih niche atau ceruk untuk anda berkarya.
Kepuasan sebagai contentpreneur adalah bukan diukur dengan wang ringgit. Wang adalah alat dan bukan tujuan sebagai usahawan konten.
Penjanaan konten melangkau batas tersebut yang mana lebih menjurus kepada kekayaan jiwa. Puas apabila konten kita dapat dimanfaatkan oleh pembaca.
Konten kita dapat dihadam dengan baik lagi memberikan impak positif kepada komuniti dan masyarakat.
Jadi bermulalah dengan mendapatkan nama untuk konten ada dan keberadaan digital nama anda di alam maya.
Konsultan Pakej laman web lengkap bersama saya boleh klik link
https://wa.me/60175887799?text=web
Leave a Reply