Jenama yang sedang dibina sekarang ialah Hafisya. Hafisya merupakan pengedar tudung bawal premium cotton yang mampu membuat para wanita terkesima dengan trademark “awning on-point”.
Di samping itu, Hafisya juga merupakan pengeluar tudung direct dari kilang bagi usahawan yang berminat untuk berniaga tudung dan membelinya secara borong dengan harga serendah RM8 dan kuantiti serendah 10 helai sahaja.
Saya dan juga partner, Muhd Hadi setiap hari akan brainstorming dan marketing mapping bagaiman Hafisya boleh berkembang dengan lebih laju.
Dunia fesyen tak seindah yang disangka, namun ia juga tidak sesusah yang difikir. Jika kena dengan strategi dan direction yang betul, ia akan menghasilkan income yang berlipat kali ganda.
Saya berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 5 tahun lalu dimana saya menjadikan platform media sosial sebagai tempat untuk saya bercerita.
Pada awalnya memang agak sukar tapi lama kelamaan, hanya dengan menulis sahaja mampu menjana income yang tak disangka. Setiap hari saya akan baca artikel yang best dan dari situ saya belajar bagaimana nak menghasilkan penulisan yang kemas, tersusun dan berstruktur.
Mentor dalam branding ialah partner saya sendiri. Dalam bisnes, saya hanya ada mentor di bahagian management sahaja iaitu Tuan Abdul Basit. Untuk bahagian Marketing, diri saya sendiri adalah mentor kerana 7 tahun saya berkecimpung dalam industri bisnes, terlalu banyak benda yang saya belajar berdasarkan pengalaman.
Bukan ego untuk mempunyai mentor akan tetapi prinsip saya, saya memang tak suka untuk buat teknik marketing yang cliche. Saya suka bina marketing trick saya sendiri dan so far, semuanya membuahkan hasil.
Kalau nak ikutkan, saya ini asalnya hanyalah seorang tukang jahit dan impian saya ialah untuk mengadakan 1 akademi jahitan yang dapat membantu bumiputra untuk mahir dalam bidang kemahiran.
Tapi, sejak saya menulis dan saya banyak ulas tentang sesuatu drama, artikel, gosip. Dari situ saya belajar bahawa hanya dengan menulis kita boleh bina trust dan create followers.
Menulis tidak akan mati dalam jiwa saya namun untuk mempunyai akademi jahitan juga akan diusahakan di masa akan datang.
Cadangan saya bagi penulis yang baru nak mengorak langkah, ingat 1 benda. Penulisan kita tidak akan mati dan jika kita hanya sebar manfaat insyaAllah akan ada ganjarannya.
Tulis yang baik-baik insyaAllah ada manfaatnya.
Dari dulu hingga kini, saya suka beri tunjuk ajar pada usahawan yang baru nak mengorak langkah dan tahu apa visi yang mereka nak capai. Setakat tahun ini, seramai 3 orang yang sudah menjadi onwer kepada bisnes mereka.
Seorang student saya, mula bisnes pada July 2020 dan sales sebulan sekitar RM25,000. Sekarang, income sebulan sudah cecah RM7,000-RM10,000 sebulan.
Bukan founder yang terkenal tapi cukuplah dapat buat mereka senyum tengok duit masuk tanpa henti setiap hari.
Orang tak kenal owner tak apa, janji bisnes jalan. Duit kepuk-kepuk.
InsyaAllah selepas ini lebih ramai lagi yang saya nak bantu untuk mereka ada bisnes sendiri. Kadang-kadang, mengajar bisnes orang lagi seronok dari betulkan bisnes sendiri. Haha…
Leave a Reply