Tips Buat Duit kepada Contentpreneur dari Tuan Wan Nong Muzafar

Siapakah Contentpreneur. Menurut Tuan Wan Nong Muzafar terma Contentpreneur berasas dari perkataan Enterpreneur (Usahawan). Asas kepada semua keusahawanan Enterpreneurship adalah kena kena tanya diri adakan anda seorang usahawan sebenar?

Temubual Oleh Mr Shidi bersama Tuan Wan Nong Muzafar

Bagi menjadi seorang usahawan terdapat pelbagai risiko. Beliau sering menasihatkan para bakal usahawan dan usahawan agar memikirkan fakta ini. “Sebelum menjana duit kena fikirkan berapa yang sanggup anda hilang sebelum mendapat duit itu”. Pelaburan mendapatkan ilmu dan masa yang perlu dilaburkan. Tiada pencapaian dalam keusahawanan yang datang bergolek. Perlu susah payah dalam mendapatkan mendapatkan duit yang diperlukan.

Setelah kita dapat memahami berapa banyak yang perlu kita korbankan dan alami kerugian. Barulah mulai itu kita akanm mendapatkan keuntungan dalam menjadi usahawan.

Bagi usahawan baru terma “tinggi pelaburan tinggi pulangan” tidak terpakai kerana lazimnya mereka akan bermula dengan modal yang sangat sedikit. Setelah anda telah berduit maka konsep pelaburan ini mungkin sah untuk anda aplikasikan.

Ketika bermula berniaga lazimnya usahawan tidak mempunyai banyak modal. Usahawan perlu paham sejauh mana risiko yang bakal diambil. Namun yang paling penting menjadi usahawan Content adalah anda perlu bermula!

“You have to START SomeWhere!”

Ketika ditanya bagaimana boleh bermula menjana duit melalui content yang ada ?

Beliau menerangkan bahawa yang paling asas sebagai Contentpreneur adalah Content berada di sekeliling kita. Content ada di mana-mana sahaja! Setiap hari setelah bangun dari tidur sahaja kita terus akan dihadapkan dengan pelbagai Content. Contohnya di kedai mamak kita akan melihat ramai pelanggan sedang membaca content mereka terutama di peranti mobile mereka.

“Everybody is Reading Something”

Jadi membawa konsep semua orang bakal membaca memwajibkan sebagai Usahawan Content kita perlu memberikan nilai kepada kandungan bacaan pembaca. Nilai bacaan bukan hanya kepada ramainya pembaca yang membaca kandungan tersebut tetapi juga merujuk kepada penerimaan terus dan tidak secara terus.

Secara terus merujuk kepada jika seorang penulis menulis buku para pembeli membeli buku tersebut. Manakala secara tidak terus pula jika artikal anda ada penulisan anda dibaca oleh ramai pembaca, sebagai seorang Usahawan pastinya beliau akan meletakkan iklan di kawasan pembacaan si pembaca. Itulah asas kepada membuat duit sebagai Usahawan Content.

Jadi jika sudah faham asas tersebut makanya barulah anda boleh menjadi seorang Usahawan Content. Namun menjadi seorang Contentpreneur bukanlah sesuatu yang mudah. Tugas utama usahawan Content adalah keperluan membekalkan kandungan Content yang diperlukan oleh pelanggan Content.

Yang paling penting Content tersebut bukanlah “Syok Sendiri!”

Merujuk cerita berdasarkan pengalaman beliau melihat para Abg Sado posting gambar di Gym dan mendapat ribuan like. Namun like tersebut hanyalah like yang tidak mendatangkan hasil jika tidak disertakan dengan Content yang betul. Gambar hanya sebagai gambar yang suka sendiri.

Jadi jika ingin mendatangkan hasil para Contentpreneur boleh menjadikan diri sebagai bahan Content. Contohnya dahulunya anda seorang yang berbadan gemuk lagi bulat. Maka ini peluang anda untuk menjadikan jalan cerita dan journal proses mendapatkan badan yang berketak sebagai Content untuk anda jual. Cerita anda mendapat badan Sado dari Gumok akan menjadi Content hangat bagi para pelanggan yang inginkan hasil yang sama. Para pembaca sanggup membayar untuk Content yang memberikan nilai.

Menyado sambil buat duit!

Sejak dari dahulu para pembaca amat dahagakan kandungan maklumat yang memberikan manfaat kepada mereka. Cuma kini medium informasi semua di hujung jari. Lebih mudah mendapatkan informasi yang pengguna Content perlukan sepanjang masa yang mereka perlukan.

Jadi sebagai seorang Contentpreneur anda perlu cari kandungan yang ribuan pelanggan mencari dan perlukan content tersebut untuk manfaat mereka. Maka sudah pasti anda akan dapat menjadi Usahawan Content yang berduit.

Berikut adalah Rakaman temubual tersebut :

 

About Wan Nong 1 Article
Tuan Wan Nong Muzafar - Pengarah ILM Legacy, Usahawan, Strategis Perniagaan, Konsultan, Trainer dan Penulis.

1 Comment

  1. Congratulations Tuan Wan Nong Muzaffar. This is such a valuable information for all of Usahawan out there.

    Bravo!

    KayBee Rahim 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.