Hai. Nama saya June Mohd. Som. Saya sedang membina jenama sebagai seorang CIKGU STORYTELLING khas untuk orang bisnes yang ingin femes terkenal popular menggunakan platform media sosial Facebook. Dalam kata lain, saya membantu orang bisnes menggunakan Personal Branding untuk melebarkan empayar bisnes mereka.
Untuk mencipta kepakaran, kita perlu berguru dengan yang pakar. Di fasa awal aktif di dunia Facebook, saya mendapat bimbingan bisnes dari sifoo dan mentor utama saya iaitu Tuan Faisal Abdullah. Untuk membina positioning dan personal branding di platform media sosial, saya menuntut ilmu dari ikon luar negara seperti Michael Hyatt, Gary Vaynerchuk, Derek Halpern, Neil Patel dan Brian Clark.
Jika ditanya, antara nikmat yang paling indah adalah bila Allah swt anugerahkan saya senjata pena yang tajam. Sebelum ini, saya pernah terfikir, “Saya tak mahu nikmati senjata pena ni secara solo! Alangkah best jika saya boleh klonkan lebih ramai penulis yang boleh menulis dengan gaya funky catchy crunchy ala ala June Mohd Som. Wooowwww. Bestnyaaa.”
Sedikit kisah lama. Ketika mula aktif di Facebook, saya lihat pattern penulisan ayat promo bisnes yang sama dan selepas beberapa bulan saya mula jadi muak. Satu hari, saya cuba buat penulisan promo bisnes yang berbeza dan tunjukkan kepada seorang sifoo. Beliau kata saya buat benda yang betul.
Dari situ, saya teruskan buat research dan eksperimen beberapa teknik penulisan yang digemari audiens kita. Semasa percubaan pertama menjual di Facebook wall sendiri (menjual produk digital selama 3 hari), saya berjaya menjadi top agen.
Mulai saat itu, sifoo terangkan dengan detail kenapa percubaan saya ini berjaya (saya sendiri pada masa itu tak nampak apa yang sifoo saya nampak). Kemudian sifoo cadangkan saya ajarkan kepada orang lain. Maka, saya sambung buat research untuk cari back up studies dari internet marketer, guru penulisan dan guru media sosial dari luar negara dan jadikan ianya satu silibus training.
Nasihat kepada Usahawan Content
Nasihat pertama.
Banyakkan membaca konten dari luar negara dan baca buku dari pelbagai genre. Dengan ini, minda anda akan terlatih untuk menulis konten yang “meleleh” untuk hidangkan dan “kenyang” bila dijamah makan.Nasihat kedua.
Banyakkan latihan penulisan. Anda perlukan latihan penulisan yang konsisten sekurang-kurangnya 3 bulan.Nasihat ketiga.
Be FLEKSITIF iaitu sedikit fleksi dan sedikit kreatif. Usah gari diri anda dengan rule lama kerana ia menyempitkan ruang kreativiti. Untuk maju kehadapan, anda perlu berani buat sesuatu yang lain dari yang biasa-biasa.
Akhir kalam, saya mahu dikenali sebagai seorang guru storytelling wanita yang telah memudahkan proses belajar bagi golongan orang bisnes yang sibuk. Jika ditakdirkan ianya menjadi satu legasi, Alhamdulillah. Sekiranya tidak terpilih sebagai satu legasi dan nama saya terpadam dalam sekelip mata ibarat meteor tidak bernama yang pupus di muka bumi, saya tetap bersyukur. Ececeh.
Selamat menulis konten untuk semua geng bisnes.
Terima kasih dan salam perkenalan dari Puan June Mohd. Som
Website: junemohdsom.com
Anda boleh baca kisah kejayaan anak murid saya di sini –> Anak Murid Cikgu June
Untuk belajar secara online, sila ke sini –> Preview Kelas BOP Online
I follow ☺
Alhamdulillah fahamlah saya akan latarbelakang Cikgu June sekarang. Moga usaha murni Cikgu sentiasa diberkati Allah S.W.T.
InsyaAllah kita jumpa 21/8 ini moga ukhuwwah berpanjangan.
Saya nak bina branding dan belajo bagaimana cara menulis di fb. Puan boleh pantau saya di fb: Master ibrahimk
Jauh sudah perjalanan guru dan sahabat ini. Rasa saya antara terawal pernah hadir ke kelas cikPuan Cikgu Story telling ini. Impak besar buat ramai usahawan dalam sedar atau tidak. Hari ini pemasaran dan menjual adalah berpaksi kepada story telling.
.
Mula sukar tapi besar impak bila di susun jalur dengan bercerita. Terima kasih atas budi beri berkongsi ilmu dari hati. Allah beri jaya lebih ramai anak muridnya mendapat manfaat ilmu buat guru story telling ini. Nanti kena mai singgah berstory ber Shell Out ke My Story Cafe ya Cikgu.
.
Anak murid ini berbesar hati menjemput guru mencemar dulu nanti. Barakallah fiekum.
Terima kasih, cikgu. Ilmu dan tips yang dikongsikan banyak membuka mata & minda saya. Walaupun saya ni slow sikit nak adapt, tapi usaha saya tak pernah berhenti.
Terima kasih, cikgu. Terima kasih ….