Saya ada beberapa brand/jenama yang dibangunkan menggunakan content.. Daripada client hinggalah brand sendiri. Tak semua client saya boleh expose tapi antara brand client yang saya boleh share adalah Lazz Susu Kambing. Kebanyakan content dalam bentuk video dan grafik dihasilkan team saya..
Untuk brand sendiri pula, ada banyak yang saya bangunkankan tapi sangat banyak tak menjadi.
Ada 2 sahaja brand sendiri yang saya berjaya bangunkan iaitu Seminit Resepi dan Wan Syafiq (personal branding dalam sharing tutorial dan info skill).
Ada banyak cara boleh dilakukan untuk monetize content yang dihasilkan. Yang biasa saya guna adalah tajaan dan pengiklanan. Namun saya lebih suka monetize dengan dengan cara iklan yang menjana pendapatan pasif.
Motivasi saya dalam teruskan sharing melalui content adalah untuk dapatkan pasif income, sumbangan pada masyarakat dan bekalan akhirat.
Income itu sudah pastinya perlu untuk sara hidup. Bila sebut masyarakat dan akhirat, saya perlu pilih content yang menuju ke arah itu.
Contohnya saya bangunkan Seminit Resepi.. Nampak macam mudah share resepi. Tapi tujuan utama kami buat resepi adalah untuk mengajak orang masak sendiri. Bila masak sendiri, biasanya akan makan bersama. Mengajak orang makan bersama itulah target utama Seminit Resepi.
Sebab bila tengok masyarakat sekarang, banyak masalah sosial, agama dan sebagai banyak dipengaruhi oleh environment famili yang lemah. Famili tidak endah satu sama lain. Antara sebab utama adalah kerana kurangnya masa makan bersama. Sebab itu saya wujudkan Seminit Resepi.
Untuk content lain pun saya akan cuba cari niche yang “bernilai” macam tu. Buat masa sekarang saya tiada mentor branding dan bisnes sebab saya jenis suka belajar dan eksperimen sendiri. Ijazah saya pun dalam engineering elektronik.. Tiada kaitan dengan bisnes dan multimedia. Walaupun saya tiada direct mentor, tapi saya suka menjadikan orang lain sebagai sumber aspirasi..
Kebanyakan sumber aspirasi saya adalah content player seperti Linus Tech Tips dan beberapa youtubers lain yang berjaya mulda dari zero. Why now ni saya tak pasti.. haha.. sebab saya main content sejak saya mula bisnes 4 5 tahun lepas..
Nasihat saya.. Hmm.. Kalau nak main content.. Mula sekarang.. Bukan tunggu equipment lah.. Nak ada team lah.. Tak payah.. Start sekarang walaupun simple content yang tak best.
Saya mula main content masa mula bisnes di kampung yang hanya ada 1mbps internet yang dikongsi bersama 7 orang. Dan sebiji laptop..
Content marketing ni dah guna sejak dulu lagi.. Cuma format dan penyampaian berbeza..
Patut gunakan content marketing dari dulu.. Kalau belum mula, kena mula sekarang. Jangan tunggu..
Content marketing ni umpama sebelah kaki. Kalau kita tak guna umpama kita jalan melompat dengan sebelah kaki sahaja. Patutnya guna 2 belah kaki baru senang jalan..
Kalau dulu guna sebelah kaki. Takpa.. Sekarang guna dua belah kaki.. Buat apa tunggu lagi.. Itu dia content marketing.
Seminit Resepi adalah sebuah channel video resepi masakan yang disampaikan dalam 1 minit. http://seminitresepi.com
Leave a Reply