Animasi Satria Martabat Persilatan Melayu

satria anime

‘Satria’ sebuah siri anime yang diadaptasi secara fiksyenal menampilkan watak Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, Lekiu, Puteri & Teja. Memaparkan aksi-aksi seni silat Melayu dengan kisah pengembaraan dan perjuangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Penekanan nilai dari segi semangat kekitaan, setiakawan, membina kekuatan jatidiri, perpaduan dan memperkenalkan silat kepada penonton antarabangsa.

Bagi saya, Satria ini adalah refleksi kepada pasukan Funcel ini sendiri. Kami bermula dari kecil, ketika itu studio kami masih tiada aircond, terpaksa memanjat ke tingkat 4 setiap hari. Sedikit demi sedikit kami membangun dan Alhamdulillah, hari ini mula menempa nama ke peringkat global. Sedari awal memang kami mewujudkan perancangan bagi menghasilkan animasi gempak berbentuk anime. Tapi waktu itu, kami harus akur bahawasanya untuk menghasilkan action-pack anime-style animation memerlukan kos yang besar.

Animasi Naruto dihasilkan dengan kos berjumlah USD 300,00 untuk produksi satu episod sahaja. Ini tidak termasuk pre-pro dan pos-produksi. Kami menyimpan iltizam ini, hinggalah peluang sampai kepada kami melalui pitching yang kami menjadi finalis dan akhirnya berjaya dalam proses tender tersebut. Ianya satu perjalanan yang panjang. Apapun, kami bersyukur diberi ruang dan peluang yang asalnya bermula dengan satu niat dan iltizam.

funcel team

Keep persistent & perservere, God favours the bold!

Mulakan sesuatu perjuangan bisnes dengan faktor ‘Why’ yang jelas. ‘Why’ saya adalah untuk menambah nilai dari segi kid’s & teens development. Saya ada sebab saya tersendiri!
Animasi Satria datang kini pada masa yang paling sesuai kerana bagi kanak-kanak pra sekolah, mereka ada Didi & Friends & Upin & Ipin. Manakala kanak-kanak 9-12 tahun mereka ada Boboiboy dan kini bagi remaja, kita ada Satria the anime produksi tempatan yg setanding dengan anime antarabangsa seperti Naruto & Avatar.

Nasihat saya kepada Contentpreneur lain usahlah mudah mengalah kerana setiap perjalanan itu telah diatur sebaiknya oleh Allah melalui aturan alam. Ambil kes animasi Satria, idea awal Satria ini bermula pada tahun 2007 dan sehingga kini sudah lebih 10 tahun barulah ianya dapat direalisasikan dan akan bersiaran bermula 6 Ogos pada setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam di TV2.

Teladannya filem Avatar juga mengambil masa 7 tahun untuk dilaksanakan kerana menunggu teknologi sesuai untuk dilaksana. Tuhan bersama orang-orang yang bersabar.

To leave a good legacy behind that add values to this world in the manner of art, creativity and Funcel and all its IP shall thrive to be a global brand and extend a Socioeconomic values to the nations.

 

About Azrul Funcel 1 Article
Founder www.funcel.com, Panelist for Industry - Institution of Higher Learning for CMC, Members of NEF (New Economic Forum), Members of SIG-Creative Multimedia Cluster, Members of BCIC-CMC, Auditor for PTVM (Per. Penerbit TV M'sia)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.