Buku Bersenang-lenang bersama Google memaparkan 10 langkah mudah dan berkesan bagi menjalankan tugasan rutin anda yang mencabar, terutamanya pengendalian aplikasi ICT seharian.
Google bukan sekadar terkenal sebagai enjin carian sahaja, sebenarnya pelbagai lagi aplikasi freemium yang dihasilkan bagi memastikan penggunamenikmati kemudahan daripada setiap aplikasinya. Kaedah pendedahan hands-on yang lebih praktikal digunakan bagi memberi keyakinan kepada pengguna untuk mencuba setiap langkah. Ini membuktikan bahawa prinsip less is more yang digunapakai oleh Google adalah berkesan bagi pengguna ICT masa kini.
Pelajari magik aplikasi google seperti :
- Berhubung melalui Google Mail (Gmail) – jimat kertas dan pantas
- Simpan hasil kerja anda di dalam Google Docs – jimat ruang simpanan komputer.
- Memudahkan pemantauan laman web dengan Google Analytic
- Aplikasi Magik Google – iGoogle, Google Trends, Google Translate dan Google Custom Search
- Membuat model 3D dengan Google SketchUp
- Aturkan agenda anda dengan Google Calendar
- Berkongsi maklumat secara selamat dengan Google Sites
- Cara mudah promosi dengan penyenaraian syarikat di Google Business Center
- Buat duit untuk syarikat anda dengan Google Adsense dan Google Adwords
- Jimatkan bil telefon dengan Google Talk.
macam mana nak dapatkannya??