Nor Shazana pilih kerjaya sebagai penulis skrip

Shooting Jaguh Kampung Musim kedua
Shooting Jaguh Kampung Musim kedua

Walaupun saya mempunyai kelayakan ijazah dalam bidang Biokimia dari California State University, Los Angeles, namum keghairahan saya kepada penulisan kreatif menjebakkan saya ke industri ini. Saya kini sedang meneruskan penambahan pengetahuan dan rangkaian sosial dalam bidang yang saya gemari di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian Mod Eksekutif Luar Kampus.

Menjadi seorang penulis skrip bukanlah mudah seperti yang dijangkakan oleh ramai pihak. Banyak halangan yang harus di tempohi oleh seorang penulis skrip. Seorang penulis yang baik dan kreatif adalah seorang yang menulis melalui keikhlasan. Apabila penulis skrip berkarya dengan niat yang ikhlas, secara tidak langsung ianya dapat menghasilkan satu naskhah yang hebat. Sebagai penulis skrip proses yang dilalui ada beberapa peringkat. Peringkat yang pertama ialah menghasilkan proposal. Di sinilah ‘content’ sesebuah cerita itu terhasil. Content yang dimaksudkan ialah konsep cerita tu. Ianya boleh di dapati di dalam logline. Logline adalah ringkasan cerita. Melalui logline sahaja kita boleh tahu keseluruhan content cerita itu.

Shooting Jaguh Kampung Musim kedua
Shooting Jaguh Kampung Musim kedua

Contohnya, pertelingkahan dua buah keluarga yang terkenal dengan mulut tempayan, MAIL KEPOCI dengan IMRAN LEE semakin menjadi-jadi apatah lagi kedua-dua anak mereka, HARIZ dan ADAM LEE juga turut bersaing untuk merebut gelaran pelajar paling popular di kolej dan cinta DANIA, tutor baru di kolej tersebut. Ditambah pula dengan hasad dengki KAK BEDAH, janda berhias yang dikenali sebagai Bedah Jarum cuba melaga-lagakan kedua-dua buah keluarga tersebut dan menyebarkan fitnah terhadap mereka berdua. Di sebalik pertelingakahan tersebut, ada rahsia dan dendam yang sekian lama tersimpan. Akhirnya kedua-dua keluarga ini bersatu dengan hanya kerana Nasi Ayam dan Nasi Itik.

Berdasarkan contoh di atas, itulah adalah content untuk penulis skrip merangka struktur cerita. Apabila proposal diterima, penulis akan mula buat skrip. Di situlah kreativiti penulis teruji apabila penulis merangka setiap scene dengan menggunakan bahasa visual. Kebiasaannya satu telemovie penulis dikehendaki menulis sekurang-kurangnya 90 scene berserta dialog. Dan selepas terhasilnya 90 scene maka siaplah perjalanan sebuah skrip itu.

Antara karya saya yang telah disiarkan adalah telemovie Nasi Yong Lemak Tau Fu (penulis bersama En Afeez Nawfal – Pensyarah UUM) di RTM (disiarkan pada 12 Ogos 2012), program realiti jaguh kampung musim kedua Astro Prima (disiarkan pada 25 Mei 2012). drama siri, geng penyiasatan sekolah (GPS) (13 Episod x 30 minit) RTM. Telemovie, Waffle Kak Nab JB  RTM. Drama bersiri, dalam hati ada iman (13 episod x 30 minit) RTM. TELEMOVIE – IQRA (Disiarkan 17 Mei 2013) TVAL-HIJRAH.  TELEMOVIE – nasi ayam nasi itik RTM (Dalam pembikinan).

 

4 Comments

  1. Assalamualaikum.

    Sy Wann, dari Saphire Screen Sdn Bhd, sedang mencari penulis yang menulis skrip drama. Jadi sy nak tanya Cik/Puan Shazana masih tulis skrip drama? Dan kalau ya, ada proposal drama yang masih belum dihantar oleh mana-mana produser ke mana-mana tv?

    Terima kasih.

  2. Asalammualaikum,saya dari pelajar video dan pengajian filem,saya ingin meminta daripada pihak Nor Shazana contoh skrip iaitu filem,drama,atau telefilem.Tujuan saya meminta ingin membuat research tentang skrip tersebut.Kerjasama pihak puan amat saya hargai.

  3. salam wtb..,

    saya ingin bertanya bagaimana puan menghantar proposal skrip kepada pihak penerbit?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.