7 sebab mengapa ANDA mungkin menjadi usahawan Content ?

why became contentpreneur
why became contentpreneur

 

1.     Merealisasikan Idea ANDA

Masih ingatkah suatu masa dahulu ketika kita masih kecil dan pemikiran kita masih belum dicemari dengan pelbagai berita negative. Kita tak perlu memikirkan pelbagai tangungjawab dan bil bulanan. Bayangkan diri ANDA dahulu. Saya yakin ANDA dahulu penuh dengan idea. ANDA boleh jadi apa sahaja yang ANDA nak. Superman, Batman atau KluangMan (menyokong animasi tempatan). Idea ANDA boleh direalisasikan kini dengan menghasilkan animasi yang dulu berada di kotak minda sahaja. Mulakan dengan membina peta minda watak-watak yang ANDA inginkan.

2.     Minat mendalam terhadap sesuatu tajuk

Ramai antara rakan saya yang minat akan sesuatu tajuk contohnya politik. Namum ceritanya hanya di kedai kopi. Ada yang lebih rajin menyatakan pendapat mereka di facebook. Namun tak ramai yang berani untuk menulis blog berkaitan politik yang mereka minat. Mungkin khuatir dilabel atau ditangkap oleh pihak berwajib. Namun kini ISA sudah tiada maka tiada lagi alasan untuk menjadi Blogger politik. Jika ANDA tidak minat berpolitik maka ANDA mungkin minat berniaga, sebagai contoh saya mencoretkan cerita usahawan emas yang membina reputasinya sejak 2 May 2008 yang kini menjadi kenyataan sebagai usahawan emas. Bermula dengan minat dan keyakinan dalam pelaburan emas, pengasas jutawanemas.com mula menulis dan meraih kepercayaan dari pembaca melalui laman blognya. Natijahnya kini syarikat yang mengeluarkan jongkong emas melantik beliau sebagai jurucakap dan orang penting dalam syarikat Public Gold yang berpangkalan di Pulau Pinang.

 

3.     Berkongsi perjuangan

Ramai kini telah berminat untuk menghampirkan diri kepada Pencipta. Minat ke arah keagamaan amat tinggi di dalam masyarakat. Contoh yang paling ketara adalah melalui majalah. Majalah yang saya maksudkan adalah SOLUSI. Majalah ini amat dekat di hati saya kerana memaparkan cara perjuangan dakwah kotemporari yang lebih mudah menyerap ke jiwa. Perjuangan dakwah dan minat oleh para kolumnis amat berkesan dan amat jelas yang matlamat awal penghasilan majalah ini adalah bukan sahaja bertujuan mengaut keuntungan tetapi lebih kepada minat dan perjuangan dakwah terutamanya di Malaysia.

 

4.     Menginspirasi individu lain

Ramai penulis buku yang menulis tentang cerita diri mereka bagi menginspirasi individu yang sama senasib dengan mereka untuk bangkit dari sesuatu tragedi. Pakar-pakar motivasi sering menjadikan buku-buku dan ceramah-ceramah mereka sebagai medium untuk pembaca dan penonton berubah kepada yang lebih baik.

5.     Ingin mempunyai perniagaan sendirian

Ramai yang bercita-cita mempunyai perniagaan sendiri. Namum lazim didengari alasanya tiada modal. Ramai beranggapan modal adalah berbentuk duit semata-mata. Pada pendapat saya diri ANDA sendiri dan kepercayaan terhadap diri merupakan modal paling besar. Bayangkan setelah ANDA yakin dengan diri sendiri maka barulah boleh meyakinkan orang lain untuk melabur dalam idea ANDA. Ramai usahawan hartanah atau lebih dikenali sebagai broker tanah tidak mempunyai modal langsung hanya modal air liur dan paling penting kepercayaan orang lain untuk berurusan dengan beliau. Jika ANDA seorang yang dipercayai dan mempunyai rekod yang baik, maka percayalah ada individu lain akan melabur dalam idea ANDA jika anda berkongsi idea dengan mereka. Mungkin BERMULA dengan menjadi usahawan Content, adalah permulaan ANDA menjadi usahawan sebenar.

6.     Mendapat penghargaan

“Jangan tunggu orang lain memberikan penghargaan kepada ANDA, raihlah penghargaan tersebut dengan usahamu maka orang lain akan memberikan penghargaan itu dengan sendirinya”. Bagaimana mendapat penghargaan itu? jika ANDA tidak mendapat penghargaan di tempat kerja ANDA? ANDA boleh mengarang buku yang boleh berada di pasaran. Tulislah dari hati dan berkongsi dengan ikhlas maka penghargaan tersebut akan datang dari peminat-peminat tajuk yang ANDA bentangkan sama ada dalam bentuk penulisan buku, blog atau medium media yang lain.

7.     Meninggalkan warisan

Ramai di antara kita tidak mampu mewariskan jutaan ringgit dan harta yang banyak apabila kita tiada lagi di dunia ini. Namun semua orang boleh meninggalkan legasi idea dan kandungan kreatif untuk tatapan generasi seterusnya.  Sebagai contoh penulis pernah belajar bersilat gayung. Namun sedihnya buah-buah silat tidak pernah didokumentasikan dengan baik. Jikalau guru-guru silat ini berjaya menghasilkan animasi buah silat dengan teliti dan boleh dipelajari. Maka pencak silat kita akan terus berkekalan buahnya walaupun telah lama. Ini dapat dibandingkan dengan seni mempertahankan diri yang lain yang telah didokumentasikan yang lebih mudah para pelajar jadikan rujukan di masa hadapan. Maka kandungan yang telah didokumentasikan mudah menawan peminat di seluruh dunia.

About MrShidi 12 Articles
Founder of Contentpreneur.com Certified Contentpreneur Coach.

1 Comment

  1. Salam.
    Encik,
    saya punya satu soalan. Saya merupakan seorang penulis, dan baru-baru ini telah diberikan tawaran oleh seorang rakan (merupakan public figure) untuk menulis sebuah buku mengenai dirinya.

    Pesoalannya, ini kali pertama saya mendapat tawaran seperti ini. dan sebelum ini saya menulis novel. Boleh berikan pandangan encik,

    Dari segi pembayaran, adakah pihak rakan saya ini perlu membayar saya dan adakah penerbit juga perlu mmberikan saya royalti?

    Saya keliru kerana ianya adalah pengalaman pertama kali. dan untuk mengelakkan isu pengambilan hakcipta saya ini…

    Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.